Bingkisan kuliyah tafsir yang dsampaikan oleh Ustaz Burhanuddin Luqman, UIAM.
Tarikh: 15 January 03
Rujukan Kitab: "Bimbingan Mukmin"(diringkasan oleh Jamaluddin Al-
Qaasimi)
Tajuk: Mencela Pangkat dan Kedudukan (Zammul Jah)
'Jah' boleh membawa maksud menjadi sebutan orang atau jadi terkenal..di mana lawannya adalah 'Al-Khumul'(low profile). 'Jah' adalah suatu yang keji melainkan Allah Taala yang menaikkan dia(contohnya kerana dia seorang yang alim/mempunyai hati yang baik). Apa yang dicela ialah bilamana kita yang menuntutnya(Rujuk: al-Qasas:83)
Rasulullah SAW dalam menyebut fadhilat 'al-khumul/low profile menyatakan yang mafhumnya " Kadangkala orang yang kusut masai (tak terurus), berdebu dan mempunyai dua pakaian sahaja,serta tak dipedulikan oleh orang ramai, tetapi jika dia bersumpah akan sesuatu,Allah taala akan penuhi"...au kama qal.
" Hendakkah kamu jika aku bagitau siapakah ahli syurga?Mereka lah orang yang lemah, dhaif dan ditindas, jika mereka bersumpah, Allah akan penuhi, manakala ahli neraka ialah orang yang menindas orang lain dan bersifat keras"-mafhum hadtih-
Al-Qaasimi menggariskan ada 2 rukun dunia:
i)Harta
ii)Jah; Harta(memiliki benda yang orang nampak).
Jah juga adalah apabila kita memiliki hati manusia dan menyebabkan orang takut kepada kita kerana taat(respect) kepada kita seolah-olah kita mampu berbuat apa sahaja dengannya.
Q: Apakah Hukum memiliki 'Jah'?
A: Sama seperti hukum memiliki harta yakni diizinkan.
-Sekiranya seseorang itu mencari jah dan menuntut keperluan jah,itu tidak dianggap keji demi memenuhi keperluan diri dan orang di bawah tanggungannya.
-Juga tidak dianggap 'aasi(maksiat)/fasiq jika seseorang itu suka mendapat jah tetapi dengan cara yang halal/tidak menggadaikan benda yang wajib atau ibadah, tetapi ia tetap terkeji.
Orang yang menuntut Jah ada 3 kategori:
1) Haram
-Iaitu orang yang mengejar kedudukan untuk mendapat hati manusia dengan menanam i'tiqad di hati manusia yang tidak memiliki sifat tersebut.
contoh: menceritakn sesuatu yang tidak betul kepada orang lain kononya dia seorang yang hebat, walhal sebaliknya, itu dikira haram sebab menipu.
2)Harus
-Menggunakan sifat yang memang ada pada kita.
contnh: Nabi Yusuf a.s menyuruh untuk dilantik sebagai bendahara negeri,ia tak dikira haram kerana beliau merasakan dirinya layak dan mampu untuk melakukannya.
3) Kita tuntut jah dengan tujuan untuk menutup keaiban kita.
Syariat menyuruh kita untuk tidak mendedahkan keaiban kita kecuali untuk meminta nasihat.
contoh: Orang yang nak mintak kerja, tetapi disyaratkan bagi beliau untuk tidak meminum arak padahal dia seorang yang peminum arak. Dibolehkan untuk dia tidak menceritakknya dengan syarat dia tidak mengatakan bahwa dia seorang yang warak.
4)Menunjukkannya dalam solat.
-salah satu tindakan mempergunakan solat,ia dikira riak.
Kebanyakan manusia sekarang sukakan pujian dan bencikan celaan orang. Cintakan pujian(hati rasa lazat) ada 3 sebab:
i) sebab kita rasa kita perfect/sempurna.
ii) sebagai bukti kita dah memiliki hati seseorang.
iii) pujian orang lain di depan orang lain memudahkan kita untuk menguasai hati orang lain.
Ubatnya:
1) Mengetahui bahawa sebenarnya orang yang memuji itu tidak benar percakapannya.
2) Bila kita tahu yang dia tak ikhlas, kita tak memiliki hatinya.
3) Ssorang yang cintakan jah dia kan sibuk memikirkan apa yang orang fikir tentangnya, dia merasakan hidupnya dikongkong orang lain, maka dia melakukan sesuatu untuk orang lain/kerana orang lain(bercambahlah sifat 'nifaq' yang mana adalah asas kepada segala kefasadan-->ubatnya adalah dengan:
i) Ilmu
Perlulah untuk kita mengetahui mengapa kita terlalu mencintai 'Jah',bila kita sudah mengetahuinya, maka kita perlu tahu bahawa kesudahannya adalah maut sebab 'jah' itu bukan suatu yang kekal.
ii) Amal
Membiasakan diri dengan sifat 'low profile', supaya dengan itu kita boleh menerimanya dengan mudah. Membuat kerja yang orang tak sanggup buat,boleh mengubat hati kita..
--->ana teringat kata-kata Datuk Dr.Fadhilah Kamsah, katanya untuk menanam sifat rendah diri dalam hatinya, beliau membiasakan diri utk selalu mencuci bilik air/tandas..boleh dipraktikkan.insyaallah.
Sifat cintakan jah dan takutkan kejian adalah suatu sifat yang memusnahkan hidup seserang di dunai dan akhirat. Salah satu UBATNYA adalah dengan bertanya kepada diri kita,berbalik kepada akal,betulkah apa yang dipuji itu..? Orang yang gembira dengan perkara sebegini seolah-olah gembira dengan adanya tanaman yang subur dan Allah Taala sifatkan orang begini,esoknya dia melihat tanaman tersebut sudah dimakan ulat.
Jika pujian itu ada asasnya, hendaklah kita tahu bahawa ia tak sepatutnya kita gembira dengannya, sebab belum pasti selepas ini apa khatimahnya..
Jika pujian itu tidak ada pun pada kita, orang yang gembira kerananya, ini adalah kemuncak gila dengan sesuatu yang tak wujud..
Rasul SAW ada berkata mengenai orang yang memuji orang lain di depan orang lain " Engkau ni seolah-olah telah mematahkan belakangnya-->membuka pintu ujub dalam dirinya"-->au kama qal.
UBATI PERASAAN BENCI KEPADA KEJIAN ORANG
Orang yang megeji tidak lari daripada 3 keadaan:
1) mungkin dia benar dalam kejiannya(ikhlas dan berniat untuk membetulkan kita)
2) mungkin dia betul tapi niat tak baik.
3) mungkin sebab dia memang bohong,fitnah daripadanya.
Jika dia bercakap benar(orang yang mengeji), jangan pula kita mencari kelemahan dia balik, sebaliknya haruslah kita terhutang budi padanya kerana dia seoalah-olah telah menghadiahkan keaiban kita untuk kita ubah. Jika dia berniat jahat, kita kena tahu yang kita dapat kebaikan juga sebab kita dah mengetahui kelemahan kita(seolah-olah mendapat harta rampasan perang) kerana keburukan akhlaq adalah pemusnah di akhirat, jadi kita dapat tahu aib kita daripada musuh seolah-olah mendapat 'ghanimah' daripada mereka. Jangan kita bencikan dia dan jangan pula sibukkan diri untuk menentang dia balik kecuali ia mendatangkan kebaikan.
HARUSLAH DIFIKIRKAN 3 PERKARA:
1) Mungkin sifat itu ada pada kita walaupun tidak tepat.
2) Kejian orang itu adalah 'kafaarah' kepada kita(hadiahkan pahala kepada kita).
3)Sebenarnya dia adalah malang kerana melakukan jenayah pada agamanya dan menjatuhkan martabatnya di sisi Allah TAALA. Jadi, memadailah kemurkaan Allah Taala padanya, jangan pula kita bantu syaitan untuk memusnahkannya sebaliknya doakanlah untuknya.
BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN HATI YANG IKHLAS?
-Minta doa pada Allah Taala dengan hati yang ikhlas. Mengetahui bahawa diri kita tidak sempurna dan kesudahan kita bagaiman kerana Allah Taala berkuasa untuk membalikkan hati manusia.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda tatkala ditanya oleh Saidatina Aisyah r.a tentang orang yang telah melakukan perbuatan-perbuatan tetapi hati mereka masih keluh kesah, adakah mereka seorang pencuri,atau penzina atau apa?..Jawab baginda, "Bukan, malah mereka adalah orang yang berbuat ibadah, tetapi keluh kesah kerana takut tidak diterima Allah Taala."-mafhum hadith-
Hakikatnya ramai manusia yang disesatkan kerana kejahilannya memilih kawan "al-mar'u 'ala dini khaliiluhu, falyanzur 'ala man yukhaaliluhu"
...itu sahaja serba sedikit yang dapat ana kongsikan daripada kuliyah tafsir tersebut, buat mereka yang tak bekesempatan untuk menghadirinya, moga kita dapat manfaat daripadanya..dan ana mohon maaf jika terdapat kesilapan fakta,hadith dan sebagainya kerana apa yang dipaparkan di sini adalah hasil note yang sempat ana salin, mungkin ada kesilapan, ana mohon diperbetulkan..
...betapa ramai manusia yang lalai dengan pangkat dan kedudukan, betapa ia bisa merubah diri seseorang..semoga Allah Taala menjauhi kita,insyaAllah.
* Di sini ana nak kongsi suatu soalan..daripada ustaz ana dalam kuliyah subuh pada rehlah yang ana sertai di tepi sebuah pantai yang indah..kata ustaz, "Mengapa Islam menggalakkan ummatnya untuk berjalan dan melihat-lihat ciptaan Allah SWT, melawat tempat-tempat di mana di sana kita dapat melihat keajaiban dan keagungan ciptaan Allah Taala, bukan dengan melawat tempat-tempat yang indah hasil ciptaan manusia,mleihat bangunan yang tinggi dan indah dan sebagainya..?"
...jawapannya.."kerana tatkala kita melihat kepada ciptaan Allah Taala ,kita akan merasakan dan menyedari bahwa kita tak mampu untuk mencipta atau mengadakan yang seumpamanya, hanya Allah Taala yg mampu, maka akan bertambahlah taqwa kita pdNya sedangkan jika kita melihat kepada bangunan-bangunan yang tinggi, akan terdetik dalam hati kita, yang kita juga mampu melakukannya..jika kita berusaha untuk mencapainya..(walaupun dari satu sudut ada kebaikan..)..faham kan..?
...semoga apa yang ditulis dapat difahami,syukran.